Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina
Ahad, 24 April 2016
2:55 PG
*Bukak ws kelas*
*Scroll scroll*
*Bun: "Sesape dapat iv uitm??? Goodluck k"*
*Ada la yg jawab*
Aku pun cuba la semak kat portal rasmi Uitm.
Oh ada untuk interview aje.
Takpela semak ajela.
*Masukkan ic*
Fuhhh.
Makkkk!!! Adik dapat temuduga uitm!!!
Yess gaiss.
Alhamdulillah aku dapat interview Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina.
Pelikkan asal sarjana?
Yess, course ni dah upgrade dah.
Tapi daripada pengetahuan aku, awal sem tu kira macam asasi.
Lepastu terus sarjana.
5 tahun rasanya.
Hahahahaha mereputla kalau dapat course ni.
Harap dapat aamiin.
So dipendekkan cerita, semalam aku ada iv kat Uitm Melaka.
Punya la lepas dapat tau aku dapat iv ni, aku search google pasal course ni.
Terima kasihla blog-blog yang banyak bantu daripada segi pengalaman mahupun pengetahuan.
Aku research la soalan-soalan yang pernah ditanya.
Antaranya kenapa pilih architecture? Maksud architecture. Idol. And banyak lagilah.
Yang paling gerun tu ada jugak yang pernah kena tanya pasal isu semasa.
Habisla akuuuuu!!!
Aku mana tengok berita hahahaha.
Mak ayah aku tengok berita, aku main game :P
Semalam la tarikh yang menakutkan tuuu hahaha.
Awal-awal sampai tu peh dah rasa berdebor tu hahaha.
Aku asal Yong Peng so aku bertolak dari rumah pukul 5 pagi tau.
Alhamdulillah sampai pukul 7.30 macam tu la.
Sampai dah ramai orang.
So ujian start pukul 8.30 pagi.
Ada dua sesi.
Sesi pertama melukis.
Haa aku dahlah tangan kayu hahaha.
Kiteoarang calon iv kena lukis bongkah macam cube, cuboid, pyramid and sphere.
Keliling meja yang diletakkan bongkah tu.
Lukisla apa yang ada depan mata.
Pensel dan pemadam sahaja!!!
Pembaris diharamkan.
Letakla shadows dengan shading sikit.
Bila sesi kedua pehh mereput aku.
Lama nooo.
Tapi sebaik sebelum lunch.
Ada yang lepas lunch tau.
Aku tunggu sampai nama aku kena panggil.
Sekali masuk 3 orang.
Bila nama je kena panggil haaa mulala tu jantung laju.
Aku, sorang budak perempuan and sorang budak lelaki.
Orang ivnya 2 orang.
Sorang laki and sorang perempuan.
Alhamdulillah baik kedua-duanya.
Puan ni suruh describe myself, kenapa pilih architecture, and sanggup tak kalau dihantar ke sarawak?
Dengan ilmu penuh didada :P Hahaha dengan ilmu yang abang akak and senior bagi aku jawablah.
Thank youu. Credit to: Mak Ayah, Adik beradik, Akak ipor, Member, And Kak Piya Anis!!!
Alhamdulillah dia tanya tu je hahahaha.
So, sekarang ni berdoa ajela.
Ada rezeki ada la.
InsyaAllah aamiin.
Label: Pengalaman