Mimpi?
Ahad, 16 Disember 2012
7:33 PTG
Ehemm, stress lah hari2 sekarang nih.
Bosan, huhu.
Ni nak citer.
Semalamkan aku mimpi pasal library sekolah maahad.
Itu je? Eh, bukan itu je.
Ada hantu sekali dalam mimpi tu.
Ceritanya aku ingat sikit2 jelah.
Manalah aku ingat semua.
Ceritanya bermula....
Kawan aku ada jemput pergi library sekolah sebab dia celebrate birthday dia.
Waktu malam.
So, yg aku ingat masa tu baru balik dari solat solat isyak.
Aku dengan kawan2 aku yg lain balik dorm masing2 sebab nak bersiap pakai baju cantik2 kononnya, hehe.
Aku dah siap aku pergi dorm kawan aku.
Dia kata pergi dulu. So, aku pergilah dulu.
Yg lain lambat.
Sampai dekat tangga nak naik library, aku terserempak dengan kawan lelaki yg dijemput juga.
Tak silap Shafei. Kiteorang panggil dia Pi'e.
Kiteorang naiklah library sama2.
Sampai kat library kosong lagi.
So, maknanya kiteorang orang firstlah.
Aku masuk pintu yg kedua last.
Pi'e pun masuk.
Pastu aku pergi belakang nak baca novel.
Lama2 sikit tuh Pi'e kata dia nak pergi toilet kejap. Aku sorang2 dalam library tu.
Ok, aku keluar nak tengok kawan2 aku dah sampai ke belum.
Aku keluar ikut pintu last sekali.
Aku keluar je aku pergi dekat pintu yg kedua last tu sebab nak pakai kasut.
Jarak dari pintu last dengan pintu lagi satu tu lebih kurang 1m je.
Tapi aku rasa aku jalan macam slow motion gila. Lembab gila aku jalan time tu.
Sepanjang perjalanan aku ke selipar tu, aku dengar ada bunyi macam ORANG MENANGIS dekat dalam library.
Time tu aku dekat luar.
Fuhhhh, sumpah aku takut gila.
Bila aku dapat pakai je selipar, aku dengar ada orang nak buka pintu kedua last tu.
Pehhh, berpeluh aku.
Aku lari ke tangga.
Tapi aku rasa macam ada orang halang aku.
*Untuk makluman semua, depan library ada bilik tayangan. Sebelah bilik tayangan tangga.
Sampai kat tangga, aku terberhenti dan aku dengar macam ada orang tengah sapu sampah dalam bilik tayangan.
Perlahan2, pintu bilik tayangan terbuka.
Aku nampak ada makcik tengah pegang gunting cucuk bahu kiri dia.
Pehhh, aku terus pecut turun tangga.
Pastu, aku tak ingat apa2.
Maybe pengsan. Huhu.
Macam tu lah ceritanya.
Dan, aku mula terfikir.
Untuk makluman anda semua, library dengan bilik tayangan tu dekat tingkat 4 atas sekali. Hujung pula tu.
Aku tak pasti kenapa masuk dalam mimpi aku.
Tapi yg pasti bilik tayangan tu memang agak 'keras' lah.
Sebab ada senior pernah kena.
Samalah macam dalam mimpi aku tu.
Makcik cleaner pegang gunting cucuk bahu kiri dia.
Makcik tu cakap dengan senior nama dia NURUL FARHANA.
Wahhh, kenapa nama makcik Nurul?
Ehemm, apa2 pun aku harap mimpi tu tak jadi kenyataan.
Sumpah, takut!
Aku harap korang fahamlah cerita ni eh. Hehe, almaklumlah mimpi mana aku ingat sangat.
p/s: aku pernah baca artikel yg tulis kalau ada orang masuk mimpi kita maknanya orang tu rindu kita.
Masalahnya, hantu tu rindu aku ke?
Label: Stress